Puding Fruit Cocktail
Bahan-bahan ( hidangan utk fmily 10-12 org
- Bahan utk Puding:
1paket tepung kastad (Bird 300grm)
2sudu gula pasir
1 ltr air masak
2 sdu susu sejat ideal
- Bahan utk kuah :
1 tin susu sejat Ideal
5 sudu gula pasir
500ml air masak
1 tin buah-buahan koktel
- [ Hidangan yang enak bergantung pada bahan dan kreativiti memasak.]
Cara-cara
-
Panaskan periuk. Masukkan tepung kastad, susu sejat,
gula, dan air.Kacau hingga sebati. (Air dimasukkan sedikit2.jika keras,
boleh ditambah lgi air dan sebaliknya.Adunan perlu sentiasa dikacau dan
menggunakan api yang kecil sahaja). Setelah adunan betul-betul masak,
angkat dan tuangkan dalam loyang atau acuan. sejukkan dalam peti sejuk.
-
Panaskan periuk.Masukkan susu sejat,gula, dan air.Kacau
hingga sebati. (Gunakan api yang kecil sahaja.air boleh dikurangkan jika
mahu lebih rasa susu). Setelah 5-7 minit, angkat dan campurkan buahan
koktel.Kacau sedikit dan simpan dalam peti sejuk.
-
Hidangkan puding beserta kuah susu yang diletak air batu.
No comments:
Post a Comment