Sunday, August 17, 2014

Khalid terima keputusan PAS

Shah Alam: Beberapa jam selepas PAS mencadangkan dua calon untuk menggantikan kerusi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya akur dengan keputusan itu dan akan memohon untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Abdul Khalid dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan akan menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat mengenai langkah-langkah seterusnya.


"Sehingga Tuanku Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor," katanya.

Foto

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

No comments:

Post a Comment