Friday, July 31, 2015

TMJ Bersuara Isu Muhyiddin Yassin Ditendang Najib Razak


Makin panas dan panas . Selepas apa yang berlaku pastinya pelbagai pihak memberikan reaksi samada positif mahupun negatif . Tapi kebanyakkannya lebih cenderung kepada negatif .

Terkini , TMJ juga seakan memerli apa yang Najib Razak telah lakukan terhadap kabinetnya .

'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'


Demikianlah kata-kata yang dinyatakan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada petang tadi yang menimbul persoalan netizen apakah kata-kata itu berkaitan dengan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri.


Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau bersoal jawab dengan wartawan yang bertanyakan pandangannya mengenai FAM atau bola sepak.


Wartawan : Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?
TMJ : Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai.
Wartawan: Apa maksud Tunku?
TMJ : Fikir-fikirkanlah sendiri.
Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?
TMJ : (senyum)... Terima kasih.


Sebelum ini, TMJ pernah mempertikaikan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke forum Nothing To Hide di PWTC dengan alasan telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara. -azyumiko
#najibletakjawatan besepah-sepah di komen-komen fanpage rasmi Najib Razak . Kental betul apa yang Najib buat sekarang ni , Adakah taktik Obombaaa ?? Inikah yang dipelajar sambil main goft tempoh hari .

No comments:

Post a Comment