
Menurut Don, adalah tidak adil dengan memuat naik video yang telah
diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut
untuk menghentam dirinya.
Tambah Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media
sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi
beliau sendiri yang melakukannya. Komennya:-
Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda.Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.
Ustaz Don turut menyarankan agar Wardina hadir dalam ceramahnya,
bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wanita itu tahu
sepenuhnya apa yang beliau inginkan–itupun jika beliau ikhlas.
Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.
Don menyatakan kehairanan bahawa Wardina memilih individu untuk
dihentamnya, dan diam apabila orang bukan Islam menghina agama Islam.
Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, ‘Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.’
Menurutnya, dia dikecam oleh selebriti itu kerana ada staf dalam TV
Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti
yang diperolehi oleh Don. Sakit hati, staf tersebut kemudiannya
dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don
Daniyal melalui video tersebut. Ustaz Don Daniyal menasihati:-
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.
No comments:
Post a Comment