Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

Saturday, October 3, 2015

Kerinduan anak terhadap ibunya


Kerinduan terhadap ibunya. Baby Ariq tido atas baju ibu nya dgn nyenyak skali. Kebiasaan Baby Ariq tido atas badan ibunya setiap malam. Sudah seminggu ibunya koma di Hospital Pulau Pinang akibat insiden ditanduk lembu korban. Baby Ariq juga demam sehari sebelum kejadian. Sgt2 sebak dalam menjaganya ketika demam ditambah dgn kerinduan terhadap ibunya. Mohon saudara mara, shbt handai dan rakan2 ku sama2 berdoa utk Ibunya Norpiah Binti Mattahari kembali sedar dgn normal dan sihat seperti sediakala. Hanya Allah sahaja yg akan membalas jasa baik kalian semua.

Komen dari Zakry Mahkota

Berita Wanita Ditanduk Lembu di Berita Harian, NST & Sinar banyak fakta yg kurang tepat.

Berlaku pada 23/09/15 di Sebuah Kmpg Di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Skrg Di ICU Neurosurgery Blok A, N1 Di Hosp P.Pinang.

Cerita Sebenar ~ Mangsa terlibat adalah Norpiah Mattahari, Peg. Veterinar Felcra Jeniang & Seorg Pemandu Felcra. Kejadian Berlaku ketika mereka sedang bertugas di mana mereka telah ditugaskan utk pergi menghantar lembu korban ke kg berkenaan di P.Pinang.

Semasa lembu di turunkan, lembu berkenaan telah terputus tali & lari. Tetapi secara tiba2 juga lembu berkenaan telah berpatah balik ke arah lori di mana pemandu, Nor & masih ada lembu2 lain di atas lori. Pemandu sempat mengelak Tetapi Nor di rempuh & ditanduk oleh lembu berkenaan dari arah belakang (bhgn perut & pinggang) & Terdapat kecederaan parah & pendarahan di blkg kepala kiri & kanan mangsa Mengikut pemandu, Nor melambung & kemudian terjatuh & blkg kepalanya terantuk di birai longkang (konkrit).

Sehingga kini Nor masih koma & kritikal.

2 Pembedahan segera telah selamat dilakukan pd malam kejadian & keesokkan harinya & sudah ditebuk di leher utk ganti pernafasan ptg kelmarin.

Saturday, July 25, 2015

5 Gambar Wajah lelaki yang derma kereta pada Ahmad Reza

Hari ini secara rasmi nya Ahmad Reza insan yang menjadi viral di media sosial kerana menaiki motosikal dari Sepang ke Pulau Pinang telah menerima pemberian seorang insan istimewa yang mana identiti nya di rahsiakan walaupun berjaya di kesan oleh pelayar media sosial.



Disini admin mempunyai beberapa keping gambar insan mulia ini, beliau merupakan seorang yang mempunyai naluri sorang bapa yang mudah tersentuh meilhat insan lain sanggup berkorban demi anak-anak mereka, kerana dia juga mempunyai anak.

Ternyata, nasib Ahmad Reza Samsuddin, 38, mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang terbukti prihatin.

Bermula daripada gambarnya menjadi ‘viral’, sehinggalah kepada ramai yang simpati, mekanik jalanan itu menerima kereta Proton Iswara yang diberi seorang peniaga, petang tadi.

Bagi Ahmad Reza, dia perlu meneruskan hidup dan pada masa sama amat berterima kasih kepada keprihatinan rakyat Malaysia.

Pada saudara kita yang berhati mulia itu sama-sama kita doakan beliau juga di murahkan rezeki dengan apa yang beliau lakukkan -BS

Sunday, July 12, 2015

Kes Amuk Lowyat - Ayahanda Rani Kulup Tampil


Ayahanda Rani Kulup sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan garang tentang isu pergaduhan di Plaza Lowyat.

 Rani Kulup mengumumkan akan membuat laporan polis esok tentang isu ini kerana ianya harus diberi perhatian penuh oleh pihak yang bertanggungjawab.

Rani Kulup juga mahu Lowyat segera ditutup agar menjadi teladan dan memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas.

Ini komen Rani Kulup:

"Bukan sahaja di Low Yat malah di Jalan Petaling dan beberapa kawasan penjual yang diketahui dijaga kumpulan gangster. Jika ada pelanggan yang membatalkan hasrat untuk membeli, mereka akan diherdik. Ia sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pembeli sendiri

"Banyak lagi contoh pembeli yang biadab. Cara mereka menjual juga seolah-olah seperti gangster, bagus juga ada kes sebegini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi begini.

"Penyelesaiannya mudah, tutup sahaja Low Yat dahulu, selain memberi masa agensi berkenaan menyiasat peniaga terbabit, ia satu bentuk teladan tentang memberi kepentingan kepada pengguna di lokasi tumpuan seperi Low Yat ini," 

"Kami akan membuat laporan polis esok. Ia merupakan isu gangster dan harus diberi perhatian sewajarnya.

"Saya mahu tekankan, paling penting mana-mana lokasi termasuk Low Yat ini harus segera ditutup jika insiden seumpama ini berlaku,"

Nampaknya statement Rani Kulup ini mendapat reaksi yang positif dari orang ramai.

Monday, October 20, 2014

Di Sekitar Majlis Bertandang Erin Malek


Hujung minggu lalu berlangsung resepsi perkahwinan di sebelah pihak lelaki yang telah mengambil tempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Nampak cantik pasangan Erin Malek dan Farriz Fauzy buat sekelian kalinya diraikan keluarga dan sahabat terdekat.

Kami sertakan beberapa keping gambar sekitar resepsi kedua pasangan ini untuk tatapan anda.
Namun masih ada sebenarnya persoalan dari para peminat dan media sendiri yang belum terjawab oleh pasangan ini lebih lebih lagi khabar angin mengatakan mereka mengadakan parti kecil selepas resepsi pertama di sebuah kelab hiburan.

Sinar Harian melaporkan yang Erin Malek lebih selesa ambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu. Usaha media untuk dapatkan penjelasan menerusi talian telefon dan aplikasi sosial, WhatsApp bagaimanapun tidak mendapat reaksi daripada pelakon itu.

Namun, menerusi satu laporan portal hiburan suaminya Farriz Fauzy meminta semua pihak supaya tidak mengungkit perkara yang sudah pun belalu.
“Yang lepas biarlah lepas,”

Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinan 8 November ini

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Cik Khaleeda Bustamam.
 
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini. 

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

 "Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Sunday, October 19, 2014

17 GAMBAR KEMALANGAN NGERI MOTOSIKAL BERKUASA BESAR

Kemalangan motosikal berkuasa besar dan kereta di lebuhraya karak menyebabkan kebakaran dan penunggang motosikal rentung...

Gombak: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini...

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu...

Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal...


"Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi sebentar tadi...

Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu...
















Thursday, October 16, 2014

Tampil berbaju mandi, Miera Liyana dieksploitasi?


Miera Liyana 
Miera Liyana

NAMA Miera Liyana sebelum ini pernah hangat diperkatakan setelah aktres muda ini tampil berani memakai gaun labuh yang mendedahkan sebahagian payudaranya. Bagaimanapun isu berkenaan telah lama berakhir dan gadis berusia 21 tahun ini sudah berjanji untuk mengambil iktibar agar berpada-pada dalam berpakaian.
 
Namun terbaru, Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Kasmi sekali lagi tampil mengejutkan media yang hadir menyaksikan filem terbaru lakonannya, Dendam Orang Mati. Bukan sahaja kerana filem itu seram, tetapi kerana aksi berani dan 'daring' Miera dalam menjayakan wataknya sebagai Min.
Antara babak tersebut melibatkan Miera memakai baju mandi dan adegan di atas katil bersama Fizz Fairuz.

"Sejujurnya saya memang berat hati untuk menjayakan babak tersebut, tapi bila saya fikir ia hanyalah untuk memenuhi karakter sahaja. Apatah lagi setelah diyakinkan pengarah (Jason Chong) bahawa babak itu dirakamkan dari jauh (wide shot) dan kemudian akan disunting, jadi saya bersetuju untuk lakukan.

"Malah saya tak rasa diri saya dieksploitasi, kerana saya anggap ia satu cabaran dan sebagai pelakon saya hanya menjalankan tanggungjawab saya seperti yang dikehendaki pengarah dan skrip," katanya ketika ditemui pada majlis previu ‘Dendam Orang Mati’ bertempat di e@Curve.

Ujar Miera, dia tidak menyesal menjayakan babak tersebut, namun sekiranya ada filem atau drama yang memerlukan dia berpakaian sebegitu lagi, dia akan menolak.

"Saya boleh katakan ia adalah lakonan paling ‘daring' saya dan biarlah ia jadi lakonan pertama dan terakhir saya untuk aksi seperti itu. Dan saya juga sudah bersedia menerima apa jua kritikan kerana saya bukan boleh puaskan
hati semua orang," katanya.

Turut diterajui oleh Lisa Surihani, Dendam Orang Mati mengisahkan misteri Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan. Filem ini bakal menjengah seluruh pawagam tanah air mulai 23 Oktober 2014.

10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepulu: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Tuesday, October 14, 2014

Warga Nepal dibunuh memadu kasih dengan isteri orang

Warga Nepal dibunuh memadu kasih dengan isteri orang
 
Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya. -
 
Gambar Hiasan

KULIM: Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rum
ah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan  tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 37 tahun itu sejak akhir-akhir ini.

"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.

"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.

Katanya anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.

"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya.

Kedah dilanda puting beliung


Pendang: Kira-kira 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah di Kampung Alor Besar, di sini, mengalami kerosakan akibat dilanda puting beliung kira-kira jam 4 petang tadi.

Saksi kejadian Mohd Hafizi Abdul Rahman, 26, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat.

"Sebaik keluar rumah, saya terkejut melihat angin pusaran setinggi bangunan empat tingkat kira-kira 100 meter dari rumah saya.

"Saya segera masuk ke dalam rumah dan mencari tempat untuk berlindung kerana khuatir angin kuat itu merebak ke kawasan rumah saya," katanya.

Katanya, kejadian kali pertama berlaku itu menyebabkan semua penduduk panik, namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Sementara itu, Pegawai Rendah RELA Daerah Pendang Zulkifli Nayan berkata, sebaik menerima laporan seramai lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dibantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Pemeriksaan awal mendapati tujuh rumah musnah termasuk sekolah mengalami kerosakan teruk, manakala tiga rumah mengalami kerosakan kecil membabitkan bahagian bumbung dan dinding.

"Selain itu difahamkan makmal komputer dan bilik darjah bagi murid pra-persekolahan turut musnah," katanya.

Monday, October 13, 2014

Padah curi kabel elektrik


Melaka: Seorang lelaki berusia 39 tahun melecur hampir 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel dan peralatan di sebuah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad di Bachang jam 1 petang tadi.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam selepas lelaki berkenaan berlari sambil menjerit meminta pertolongan di sebuah warung berhampiran pencawang terbabit.

Sementara itu, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Low Liang Seong berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.16 petang dan seramai sembilan anggota bersama masing-masing satu jentera serta Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

"Ketika sampai jam 1.24 petang, kita dapati mangsa yang badanya melecur 80 peratus terbaring berhampiran sebuah warung yang berada berdekatan dengan pencawang TNB.

"Mangsa yang dipercayai terkena renjatan elektrik diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dibawa ke Hospital Melaka menggunakan hentera EMRS untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.

Friday, October 10, 2014

Maafkan Abah Tak Pandai Azan

baby 2
Kisah ini adalah kisah benar. Sama-sama kita renungkan dan jadikan pengajaran. In Shaa Allah
Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.
Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami.
Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan tadi tatkala melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit badannya di depan mataku sendiri.
Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.
Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi mereda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.
“Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau.”
Bergenang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat nangis, cepat marah, asyik nak pitam pening kepala. Tuhan sajalah yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.
Kami bernikah tahun lepas. Terus BUNTING pelamin. Suamiku orang biasa saja. Bukan ‘suamiku ustaz’ bagai tu semua. Taklah kaya. Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa untuk didiami, cukup makan pakai sekadarnya.
Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian saja. Tudung pun tak betul lagi. Suamiku kata, ‘nanti awak dah ready, pakailah betul-betul.’ Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar dari rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi. Sama macam aku tak ready.
Jururawat dah selesai mencuci bersih anak kami, berbungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkannya kepada kami.
Doktor pun sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang berkaitan. Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap disediakan.
Mertuaku dan ayah mak dah ada di sisi. Semua orang ada. Dengan muka gembira. Yang tua, happy dapat timang cucu. Aku dan suami happy dengan orang baru dalam keluarga kami. Dipeluk cium bayiku yang comel tu.
“Azankanlah di telinga budak tu.”
Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.
“Kena azan ke?” Suami bertanya. “Wajib eh?”
Doktor lelaki yang ada di situ mencelah.
“Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.”
Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.”
Suamiku terdiam seketika.
Dalam 10 minit dia diam. Ibu bapaku dah rasa pelik. Dah kenapa pula dengan menantunya itu.
Tiba-tiba suamiku itu menangis. Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.
“Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”
Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun, tenang saja. Mentuaku nampak seakan dah tahu.
“Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi, sebenarnya abah tak pergi pun.
Abah keluar lepak dengan kawan-kawan. Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu. Apatah lagi mengajar mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan abah. Maafkan abah.”
Suamiku itu terus menangis sambil mendakap anak lelaki sulungnya itu. Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan memahami ayahnya sedih.
“Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya.”
Suamiku itu meminta maaf dengan parentsku dan mentuaku. Aku turut menitiskan air mata. Selama ini, suamiku itu tak pernah macam hari ni.
“Takpe. Biar ayah saja azankan. Tapi, janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.
Baiki diri. Jangan selesa dengan perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman berkeluarga. Dekatkan diri dengan Allah. Kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada Syurga Allah.
Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari Syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik ke kampung yang satu lagi tu.”
Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahnya. Berjanji akan berubah sepenuh hati. Menangis-nangis menyesal dan insaf.
Syukur. Anak yang baru lahir itu adalah pencetus hidayah Allah kepada suami dan aku sendiri.
Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua lelaki di dunia ini persiapkan diri dengan agama sebelum berkeluarga. Jangan diharap pada si isteri yang kena merubah suami.
Mohon sayangi isteri dan suami masing-masing walaupun tidak sempurna sikapnya, soleh atau solehahnya. Allah dah satukan kamu berdua kerana Dia tahu pilihan-Nya terbaik. Sama-sama berubah ke arah lebih baik.

Saturday, October 4, 2014

Guru mati ditikam di Kundasang

Ranau: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui mati dengan kesan tikaman pada tubuh dan belakang kepala di dalam rumahnya di kuarters pekerja SESB Jalan Hotel Perkasa, Kundasang, dekat sini, pagi hari ini.

Mayat mangsa Masina Samadi, 50, ditemui oleh suaminya selepas pulang daripada kerja jam 9.30 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dan motif kejadian dipercayai rompakan.

Foto
PASUKAN polis tidak membenarkan orang awam memasuki lokasi kejadian ketika anggota forensik mengumpulkan bukti.

"Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Ranau untuk bedah siasat.

"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Friday, October 3, 2014

Lembu sorok dalam semak

Butterworth: Suasana di Lorong 12, Taman Sutera, Seberang Jaya di sini, kecoh seketika selepas lembu untuk ibadah korban Ahad ini terlepas dalam kejadian, semalam.

Ketika kejadian 10.30 malam itu, beberapa penduduk sedang memindahkan haiwan itu dari lori bagaimanapun tali digunakan untuk mengikat lembu berkenaan terlucut menyebabkan haiwan itu bertindak agresif dan terlepas.

Penduduk, Mohd Ayub Md Said, 44, berkata, kejadian itu menyebabkan mereka terpaksa melancarkan gerakan mengesan haiwan itu yang bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran.

Foto
PENDUDUK Syamsudin Md Zin (kanan) dibantu Mohd Zaini Ali menarik lembu yang terlepas lari, semalam. FOTO Mohd Kamil Rahim
"Kami risau sekiranya haiwan itu hilang sedangkan penduduk merancang untuk melakukan ibadah korban itu Ahad ini.

"Selepas hampir dua jam mencari haiwan itu berjaya ditemui dan dengan bantuan penduduk kampung ia berjaya ditangkap semula," katanya.

Haiwan itu dikatakan kerap bertindak agresif menyebabkan ia terpaksa dipantau bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Wednesday, October 1, 2014

Kalau hati sudah suka

Shanghai: Seorang pengguna Internet memuat naik gambar pemuda tidak dikenali menunjukkan kasih sayang kepada pasangannya apabila melutut sambil memeluk erat paha wanita itu.

Kejadian itu turut mendapat perhatian orang ramai di luar kilang komputer Quanta di Shanghai.

Gambar berkenaan terus mendapat sambutan hangat pengguna Internet.

Ada antaranya yang mempertikaikan sama ada berbaloi lelaki terbabit mengetepikan maruahnya di khalayak ramai semata-mata mahu memujuk wanita berkenaan.

Foto
LELAKI tidak dikenali memeluk erat kaki kekasihnya tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Malah lelaki itu turut menyerahkan sejambak bunga kepada kekasihnya tetapi dibuang wanita terbabit.

Pada satu ketika, dia memeluk wanita itu dengan begitu erat sehingga hampir menyebabkannya terjatuh. - Agensi

Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen 2 Okt

RON95

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

KPDNKK berkata pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak.

Langkah-langkah lain yang turut dipertimbang kerajaan dalam Bajet 2015 termasuk meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.

Kerajaan juga akan memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

Selain itu, langkah rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan dengan berhati-hati dan berperingkat-peringkat bagi memastikan kesan minimum kepada ekonomi dan tidak membebankan rakyat, terutama golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Menurut KPDNKK, langkah rasionalisasi subsidi ini adalah bagi memastikan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan terus kukuh dan berada pada kedudukan
yang tepat.

Ia juga bagi mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat-peringkat daripada 3.9 peratus daripada KDNK pada 2013 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai sasaran bajet berimbang pada 2020.

Rasionalisasi subsidi ini juga adalah sebahagian daripada usaha mentransformasi ekonomi negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Kerajaan yakin langkah ini akan mengukuhkan lagi asas kewangan dan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran ekonomi global serta memastikan kemakmuran negara. - Bernama