Hari ini secara
rasmi nya Ahmad Reza insan yang menjadi viral di media sosial kerana
menaiki motosikal dari Sepang ke Pulau Pinang telah menerima pemberian
seorang insan istimewa yang mana identiti nya di rahsiakan walaupun
berjaya di kesan oleh pelayar media sosial.
Disini admin
mempunyai beberapa keping gambar insan mulia ini, beliau merupakan
seorang yang mempunyai naluri sorang bapa yang mudah tersentuh meilhat
insan lain sanggup berkorban demi anak-anak mereka, kerana dia juga
mempunyai anak.
Ternyata, nasib Ahmad Reza Samsuddin, 38, mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang terbukti prihatin.
Bermula
daripada gambarnya menjadi ‘viral’, sehinggalah kepada ramai yang
simpati, mekanik jalanan itu menerima kereta Proton Iswara yang diberi
seorang peniaga, petang tadi.
Bagi Ahmad Reza, dia perlu meneruskan hidup dan pada masa sama amat berterima kasih kepada keprihatinan rakyat Malaysia.
Pada
saudara kita yang berhati mulia itu sama-sama kita doakan beliau juga
di murahkan rezeki dengan apa yang beliau lakukkan -BS
No comments:
Post a Comment