
AGAK lama penulis tidak menikmati steamboat. Justeru, penulis membuat keputusan dan berkunjung ke D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, baru-baru ini.
Restoran yang beroperasi bermula jam 6 petang hingga 12 malam itu menawarkan 50 jenis makanan laut seperti aneka cangkerang, ikan, ketam, udang, sotong dan macam-macam lagi.
Pelbagai jenis bebola, ayam dan daging lembu turut dijual malah yang paling istimewa adalah kambing panggang enak turut dihidangkan untuk pelanggan.
Mereka yang gemarkan sayur-sayuran pula, usahlah bermasam muka kerana restoran ini menyediakan variasi sayuran untuk dinikmati bersama steamboat pilihan.
Masakan panas antaranya mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng juga turut disediakan buat pelanggan tercinta.
Aneka mi kering, pencuci mulut seperti ais krim, ABC, bubur kacang, buah-buahan, telur puyuh, telur rebus dan rojak buah serta minuman seperti jus oren, jus anggur dan kopi ada ditawarkan di restoran yang dibuka pada setiap hari itu.
Segala macam makanan dan minuman yang ada di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet, boleh buat rambang mata untuk memilih.
Walau bagaimanapun, pilihlah menu yang disukai, tak kisahlah banyak atau sikit kerana hanya caj sebanyak RM33 dewasa dan RM17 kanak-kanak (bagi pilihan set 1) dan RM29.80 dewasa RM15 kanak-kanak (bagi pilihan set 2) dikenakan untuk kepelbagaian makanan tersebut.
Selepas penat memilih makanan, tibalah masanya untuk anda memasak steamboat berkenaan. Ada dua set boleh dipilih iaitu set 1, sizzling grill dan set 2, steamboat. Kedua-duanya boleh dimakan bersama sup ayam atau tomyam.
Pada yang baharu mencuba teknik grill untuk hidangan steamboat, inilah masanya untuk anda menunjukkan kebolehan dan kepakaran tersebut. Jangan malu atau takut untuk melakukannya kerana anda pasti akan dibantu oleh pekerja restoran.
Sebelum grill, jangan lupa letakkan sedikit planta di atas grill tersebut bagi mengelakkan seafood melekat.
Selepas 10 minit, barulah seafood tadi diangkat dan anda boleh memilih 13 jenis sos seperti sos cili, sos tomato, sos bawang putih, sos bbq, thousand island dan sos Thai yang disediakan untuk dicecah.
Jika tidak mahukan sos, anda boleh menikmatinya dengan begitu sahaja.
Dekorasi menarik, pilihan lagu jadi tarikan
Dekorasi sesebuah restoran memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelanggan.
Begitu jugalah dengan restoran ini. Dekorasinya yang merangkumi perabot dan hiasan dinding yang sedia ada direka dan dihasilkan sepenuhnya oleh mereka yang pakar.
"Lagu-lagu yang dipasang di restoran ini juga dimainkan mengikut kesesuaian. Tambahan pula sekiranya ada sambutan hari jadi di sini, kami akan memainkan lagu-lagu ceria dan gembira bagi menaikkan mood pelanggan," kata pengurusnya, Dzul Arif Majdi Muzeni, 21 tahun.
Ujar jejaka muda ini, sepanjang Ramadan nanti, restoran turut dibuka dan akan menawarkan lebih banyak hidangan steamboat dan variasi makanan lain dengan lebih banyak lagi.
Mendapat sentuhan daripada dua chef tersohor, Chef Nizam dan Chef Yaacob, anda pastinya puas hati dengan menu yang ada di sini.
D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet menyediakan dua tempat makan untuk pelanggan, iaitu bahagian tertutup dan open air.
Dengan motto All you can eat, anda semua boleh makan sepuas-puasnya sehingga perut kenyang, namun jangan terlalu tamak kerana jika tidak habis, anda perlu membayar sebanyak RM10 untuk 100 gram steamboat yang diambil.
No comments:
Post a Comment