Kota Kinabalu: Seorang ibu menempuh detik mencemaskan apabila anaknya
yang ditinggalkan di dalam kereta di lot parkir berhampiran sebuah
sekolah rendah di Likas, di sini, dilarikan bersama kereta Toyota Vios
miliknya, pagi tadi.
Difahamkan wanita berkenaan keluar membeli roti dan meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta tanpa mengunci kenderaan itu.
Bagaimanapun, dengan kerjasama orang ramai, kanak-kanak lelaki yang berusia 8 tahun itu berjaya ditemui semula dalam keadaan masih tidur bersama kenderaan mereka yang ditinggalkan di Asia City, kira-kira jam 9 pagi tadi.

POLIS melakukan siasatan terhadap kereta mangsa yang ditinggalkan suspek di Asia City.
No comments:
Post a Comment