Tuesday, April 15, 2014

JDT vs Perak kecoh, wartawan Sinar cedera

JDT vs Perak kecoh, wartawan Sinar cedera 
Rakan wartawan yang turut trkena lontaran objek oleh penyokong yang tidak bertanggung jawab semalam

IPOH - Seorang wartawan Sinar Harian, Razif Rosli serta jurufoto sebuah akhbar  tempatan cedera dipercayai akibat terkena balingan objek ketika suasana kekecohan selepas tamat aksi Liga Super yang menyaksikan Perak tewas 0-1 kepada Johor Darul Taa'zim (JDT) di Stadium Perak, malam tadi.

Kekecohan bermula sejurus tamat perlawanan berkenaan hingga memaksa pihak keselamatan stadium serta pasukan polis simpanan persekutuan (FRU), bertindak bagi mengawal keadaan.

Beberapa penyokong Perak juga dilaporkan cedera dipercayai terlibat dalam kekecohan berkenaan.

No comments:

Post a Comment