Bandar Baharu: Seorang wanita berusia 30-an bersama dua anak dan
pembantu rumahnya wanita warga Indonesia nyaris rentung selepas
kenderaan jenis Proton Persona dinaiki mereka terbakar sejurus melanggar
belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 170 Lebuhraya Utara
Selatan, arah Utara di sini, jam 7.30 pagi tadi.
Kesemua mangsa wanita berkenaan anak perempuan berusia empat tahun dan anak lelaki berusia tujuh tahun dan pembantu rumah berusia 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Helmi Arif, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
"Ketika kejadian kenderaan dinaiki mangsa menghala ke arah utara ketika sampai di lokasi kejadian pemandunya melanggar belakang lori berkenaan.
"Kesemua mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," Katanya.
Mangsa di bawa ke Hospital Sungai Bakap kemudian di rujuk ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

FOTO NSTP

No comments:
Post a Comment