Kuala Lumpur: Pejuang makyung negara, Rosnan Rahman, sangat berbangga
dan terharu apabila diberi peluang membuat persembahan bagi tatapan
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam majlis santapan diraja, di
Istana Negara, malam tadi.
Dalam persembahan bertemakan Nuance of Rebab Fantasy itu, Rosnan bergabung dengan penyanyi pop soprano, Syafinaz Selamat.
Turut berangkat ke majlis itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah Hamidun. Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan menteri kabinet.
Selain Rosnan dan Syafinaz, turut membuat persembahan adalah Zainal Abidin dan Jaclyn Victor. Keempat-empat mereka turut menyanyikan lagu We Are The World pada akhir persembahan itu.
"Ini satu penghormatan buat diri saya dan juga kesenian makyung kita yang sudah pun diiktiraf sebagai Warisan Seni Dunia.
"Ketika saya bersalaman dengan Obama, beliau juga mengucapkan tahniah kerana tertarik dengan persembahan itu," kata Rosnan kepada Harian Metro.

No comments:
Post a Comment