Thursday, April 3, 2014

Polis percaya sudah temui mesin ATM yang dilarikan

 Polis percaya sudah temui mesin ATM yang dilarikan  
Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dilarikan dari sebuah bank di Putra Mahkota, Putra Heights semalam ditemui dibuang di tepi lebuhraya di Kilometer 239.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran plaza tol Pedas-Linggi dekat Rembau hari ini. - Foto Bernam
 
KUALA LUMPUR - Polis percaya telah menemui semula sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dilapor dilarikan tiga lelaki di Putra Mahkota, Putra Heights awal pagi semalam.
  
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata mesin ATM tersebut ditemui pada kira-kira 6.50 pagi hari ini hasil maklumat yang disalurkan seorang pekerja kontrak di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
  
"Maklumat awal memaklumkan ia ditinggalkan di tepi lebuh raya berkenaan di Kilometer 239.1 arah selatan dan sejurus itu sepasukan polis forensik dihantar ke tempat kejadian.
  
"Kami mengesyaki mesin itu juga adalah mesin sama yang dilarikan di Putra Heights semalam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
  
Menurut Yahaya, mesin ATM itu dibawa ke Balai Polis USJ 8, Subang Jaya untuk pengecaman pihak bank.
  
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi semalam, tiga suspek dipercayai menggunakan tali dan penyangkut untuk menarik keluar satu daripada mesin ATM di bank berkenaan.
  
Mereka juga menggunakan sebuah van dipercayai jenis Hiace berwarna putih untuk melarikan mesin ATM itu sebelum melarikan diri dengan sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran palsu.
  
Menurut Yahaya, jumlah kerugian dianggarkan RM160,000. - Bernama

No comments:

Post a Comment