Saturday, April 19, 2014

'Tolong alih atau kami akan jual'

'Tolong alih atau kami akan jual'  
Dua buah kereta ini antara kenderaan yang paling lama ditinggalkan terbiar di kawasan tersebut.
 
GOMBAK - Pemilik kenderaan tersadai di Pinggiran Batu Caves fasa 2 di sini diberikan masa sehingga tiga bulan mengalihkan kenderaan masing- masing atau tindakan menjualnya akan diambil.

Setiausaha Persatuan Penduduk, Mohd Fauzi Arbain berkata, dianggarkan lebih 20 kenderaan terbiar diletakkan pemiliknya di kawasan parkir antara setahun hingga ke tiga tahun lalu.

Menurutnya, kewujudan kenderaan tanpa diketahui pemilik itu menambahkan masalah parkir yang sedia ada terhad selain jenayah.

“Sebelum ini kami dah tinggalkan nota pada kenderaan selain menampal notis di setiap blok untuk mengenal pasti pemilik, tapi tak ada perubahan.

“Pernah sekali kami tinggalkan nota supaya kenderaan dialih kerana nak guna kawasan itu, tapi tak ada maklum balas menyebabkan kami mengalihkannya. Sampai sekarang pemiliknya belum memunculkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, aduan juga pernah dibuat kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk mengalihkannya, namun pihak berkuasa tempatan memaklumkan tiada tempat simpanan.

“Semakan status kenderaan dengan pihak berkaitan juga ada dibuat dan kami terkejut apabila ada di antaranya menggunakan nombor pendaftaran lori. Tak pastilah sama ada kereta curi atau sengaja elak ditarik bank.

“Lambakan kereta terbiar yang banyak menyukarkan penduduk nak letak kereta. Itu yang menyebabkan mereka buat parkir bertindih," katanya.
Seorang penduduk, Shaharudin

Buang, 55, berkata, dia juga mengesyaki lambakan kereta tersebut dilakukan individu yang bekerja sebagai penarik kereta.

“Mungkin kerja penarik kereta, tapi kenapa letak di sini lama sangat dan pakai banyak ruang parkir.

“Kebanyakan kereta tak dipantau pun, sebab ada yang tayar pancit dan cermin pecah dilakukan individu tak bertanggungjawab," katanya.

No comments:

Post a Comment