Friday, May 9, 2014

Penumpang AirAsia X meninggal dunia dalam pesawat

Penumpang AirAsia X meninggal dunia dalam pesawat 
Situasi dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dikongsikan penumpang kepada Astro Awani.

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang disahkan meninggal dunia semasa berada dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah, semalam.

AirAsia X Berhad dalam satu kenyataan ringkas kepada Astro Awani mengesahkan laporan berkenaan serta memberitahu bahawa ahli keluarga penumpang tersebut serta pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

“Kami sedang menyediakan segala jenis bantuan yang diperlukan ketika ini,” kata kenyataan tersebut.

Punca kematian belum dapat dikenal pasti.

No comments:

Post a Comment