Belo Horizonte (Brazil): Kapten Brazil, David Luiz memohon maaf kepada negaranya selepas kekalahan memalukan 1-7 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia menentang Jerman di Estadio Mineirao, awal pagi ini.
"Maafkan saya semua, maafkan saya rakyat Brazil," kata Luiz yang menangis teresak-esak ketika ditemui media selepas tamat permainan.
"Saya cuma mahu melihat rakyat saya senyum.
Kami semua tahu betapa pentingnya untuk melihat semua rakyat Brazil gembira, sekurang-kurangnya untuk bola sepak.
"Mereka lebih hebat dari kami.
Mereka lebih bersedia dan bermain lebih baik.
"Ini adalah hari yang menyedihkan namun ini adalah pengajaran buat kami," katanya lagi.
Kekalahan 7-1 ini adalah yang paling teruk dalam sejarah 100 tahun Brazil.
- Reuters
No comments:
Post a Comment