Shah Alam: Akibat kerakusan pemandu lain, seorang wanita nyaris maut
selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori beras yang terbalik
sebelum dilanggar kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di KM4.8
berhampiran susur keluar Setia Alam Lebuh Raya NKVE, di sini, sebentar
tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, difahamkan wanita berusia 27 tahun terbabit yang memandu Perodua Myvi sedang dalam perjalanan menghala ke Setia Alam dari arah Shah Alam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, difahamkan wanita berusia 27 tahun terbabit yang memandu Perodua Myvi sedang dalam perjalanan menghala ke Setia Alam dari arah Shah Alam.
Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Chee, 26, mangsa cuba
menukar lorong dari lorong paling kiri apabila sebuah kenderaan Honda
Accord berwarna merah memecut laju dan turut menukar lorong sehingga
mengakibatkan lori muatan beras yang turut berada di lorong kiri gagal
mengawal kenderaannya sehingga terbalik.
"Wanita terbabit kemudian merempuh lori yang terbalik sebelum sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda merempuh kenderaannya dari belakang.
LORI beras yang terbalik.
"Mangsa bernasib baik dan langsung tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun, dia kelihatan begitu trauma dengan kejadian itu," katanya.
No comments:
Post a Comment