Friday, April 11, 2014

Jep Sepahtu Jawab Isu Maki Peminat Di Instagram


Rupa-rupanya pada minggu lalu Jep  Sepahtu sudah pun menjawab dakwaan tentang memaki peminat di akaun instagram peribadinya.

Padanlah panggilan Astro Gempak tidak berjawab, rupanya Jep sudah pun menjawab semuanya.

Jep telah memuat naik sekeping gambar yang merujuk kepada artikel dari akhbar tempatan yang mengeluarkan gosip  ‘Jep Sepahtu Maki Peminat?’.

Gambar tersebut disertakan dengan kapsyen: “Astagfirullah hal azim…ujian semakin hebat..Semoga yang mencipta fitnah ini sentiasa dirahmati Allah..Allah saja yang tahu betapa bersyukur nya saya ade peminat seperti anda…siapalah saya tanpa anda semua…Hasbunallahhuwanikmawakil…”

Daripada situ jelas menunjukkan Jep kesal dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi artikel tersebut dan menganggap ia sebagai satu fitnah.

Astro Gempak sebelum ini ada mengeluarkan artikel mengenai Jep yang didakwa menempelak peminatnya ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 21 Mac lalu.

Peminat tersebut yang terkilan dengan tindakan Jep itu telah menghantar surat kepada ‘Mizz Lahar’, ruangan gosip di sebuah akhbar tempatan.

No comments:

Post a Comment