
Orang ramai berkerumun di lokasi kejadian di Jalan Raja Bot berhadapan premis jualan borong, malam semala
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kontrak warga Indonesia maut setelah terkena empat das tembakan dilepaskan salah seorang daripada dua suspek bermotosikal dalam kejadian di Jalan Raja Bot, di sini, semalam.
Kejadian pada jam 7.40 malam itu berlaku di hadapan sebuah premis jualan borong kering di situ.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dua mangsa terkena tembakan dan pada awalnya masih hidup dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya, dua suspek lelaki melepaskan tembakan sebelum melarikan diri.
“Empat das tembakan terkena pada Mohamat Tahadjo, 46, setelah ditembak dari belakang. Dia disahkan meninggal dunia di HKL.
“Seorang lagi mangsa, Ngatri, 28, wanita warga Indonesia terkena serpihan peluru di kaki kiri kini dirawat di HKL,” katanya.
Tambah beliau, penunggang motosikal dikenal pasti berpakaian serba hitam sementara pembonceng berpakaian kemeja putih.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana akibatkan kematian,” katanya.
No comments:
Post a Comment